Wednesday, December 17, 2014

::: terlepas pandang

bismillahirrahmanirrahim..

kadang-kadang ada perkara yang kita terlepas pandang untuk bersyukur.

sebagai contoh, tulisan tangan atau pun "handrwriting" kita. cikgu tadika ke, cikgu universiti (baca : pensyarah) kita boleh pesan, jawab exam, final exam tu tulisan bagi besar sikit, tulisan kasi lawa sikit, bagi kemas,  bagi cun dan sebagainya. tapi kalau dah tulisan kita macam tu, tambah pulak nak kejar masa, belum campur faktor sejuk terketar-ketar dalam dewan, faktor last mint baru teringat "point" dan sebagainya tu, tulisan memang hancur. Its a gift kepada mereka yang tulisan cantik secara semulajadinya.

jadi, kepada yang bertulisan cantik, sudahkah anda bersyukur?

lagi satu, rupa paras kita. kalau yang memang dilahirkan putih gebu kulit xde masalah tu memang elok la. macam saya ni. pastu kalau yang memang kulit sensitif, kulit gelap dah habes bertong-tong vitamin C telan tak putih-putih juge tu?

the point is, terlalu banyak benda yang kita terlepas pandang untuk bersyukur. 

kadang-kadang kita terlalu tidak berpuas hati dengan apa yang kita dapat.

apa yang kita tak ada,tak salah kita usaha nak dapatkan. sebagai contoh, tak salah nak cuba cantikkan tulisan. bagus la kan. sekurang-kurangnya takde la pemeriksa kertas tu pening kepala nak baca tulisan dan jawapan kita kan. usaha dan usaha.

tapi, yang salahnya, kalau kita seolah-olah lupa dan tak reti nak bersyukur. tak dapat satu benda, terus lupa nikmat-nikmat lain dalam tangan kita.

kiasan hidup ibarat roda. kalau kita berjaya atau senang, itu bukan pengakhiran. kalau kita gagal atau susah, itu juga bukan pengakhiran.

teruskanlah usaha.
jangan mendabik dada
jangan dok koya sangat.

dah la akak dah takde modal. kbye.

No comments:

Post a Comment

will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...