Saturday, July 20, 2013

stereotaip

#bismillahirrahmanirrahim~

terpulanglah kepada anda nak tafsir perkara ini sebagai satu fenomena ke, gejala ke, penyakit ke, sifat atau apa-apa sahaja, terpulang. yang pasti perkara ini sudah menjadi sesuatu yang sangat sinonim dengan era globalisasi modenisasi marcapada ini. ewah. marcapada. lama tak buat ayat bombastik. hah!

yang pastinya lagi, ini bukanlah satu perkara sesuatu yang sedap sepertimana rasanya kesedapan memakan biskut raya sewaktu bulan puasa atau makan ABC masa tgh panas terik mahupun mandi air panas ketika hujan lebat dan angin bertiup kencang. 

kenapa?
kerana biasanya stereotype akan berkisarkan perkara-perkara negatif sahaja. biasanya dan kebanyakannya.

stereotype ni ape?
oh, tak tanya awal-awal.. meh sini cikgu explain. 
ini keadaannya di mana kita membuat tanggapan sendiri, yang mana keadaan sebenarnya belum tentu betul atau tidak seperti mana yang kita fikirkan.

contoh? 
contohnya bila kita tengok seorang lelaki yang memakai T Shirt lusuh dgn jeans koyak di lutut, bawak gitar rambut panjang tapi hensem (ehem nak jugak). so, minda kita secara tak sedar akan ter-stereotype bahawa dia adalah seorang yang takde hala tuju hidup, budak jalanan, miskin, taktahu agama, tak guna, menyusahkan hidup banyak orang dan sebagainya. padahal kita mananya tahu asal usul dia sebenarnya. mana tahu baru lepas habes mengaji PhD, mana tahu baru lepas pergi service lambo kat kedai, mana tahu baru lepas balik tarbiah budak-budak jalanan psal agama. 
kan?
jadi keadaan ini sangat dan amatlah membimbangkan.

daripada dok mengata buat cerita yang tak betul lebih baik la kita pergi jumpa dia dan tanya dia. 
kan.. confirm dapat cerita betul. cerita lain lah pulak kalo dia menipu tu. 

dan daripada kita dok bersangka macam-macam kat orang lebih baiklah kita muhasabah diri sendiri dulu.
 
amacam?

No comments:

Post a Comment

will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...