Wednesday, July 31, 2013

belajar untuk?

#bismillahirrahmanirrahim~

ada satu hari, seseorang bertanya kepada aku :
dayah, agak-agak kalo dayah tak ambik kos foodservice, dayah boleh tak dapat pointer macam sekarang?

jawapan aku at that time, ENTAH LERR...
betul, aku tak pasti.

tapi bila difikirkan balik, ni mesti dia fikir kos aku ni senang nak score.
okay la..
memang la tak sesusah geng2 yang belajar engineering ke, akaun ke, medik ke..

cuma, aku suka ulang-ulang pesanan dan pendirian serta pandangan aku yang ini :
yang perlu kita sentiasa ingat, semua kos, semua ilmu ada susahnya untuk belajar..
semua bnda kalo salah cara belajarnya boleh terpesong hdup.

contoh?
kalo orang belajar agama.. orang akan kata, belajar agama senang, sbb tu amalan seharian kita.
apa yang susah?? katakanlah orang yang belajar hadis, kalo salah tafsir hadis tak ke parah?
pastu,  kalo peribadinya tak se-gah macam orang belajar agama, mesti ramai orang mengata kan?

contoh lagi?
orang belajar pasal hotel-hotel, masak-masak..
nampak macam seronok je.. main masak-masak, campak-campak, serving sana sini, housekeeping bagai..
tapi cuba lihat perjalanan lepas ni. bagaimana nak tempuh the real industry, yang mana semua orang pun sedia maklum la wajah dan realiti sebenarnya..
masuk hotel besar siket, mula la main arak, mula laa ada yang demand nak suh pakai mini skirt je, yang wajib freehair..
kerja takde life, 24jam orang perlukan khidmat..
susah juge..

so, kesimpulannya, memang, semua ada susahnya..
dan kata Tuhan kita, ALLAH azzawajalla, Dia takkan membebankan seseorang hamba itu melainkan dengan keupayaannya.. kalau si A ni jenis yang mahir bab ilmu kira-kira, yang perlu hadap buku je, mka dapatlah dia belajar sal buku-buku je.. kalau si B ni jenis yang tahan belajar bnda-bnda praktikal ni, maka dapatla dia kos yang begitu..

jadi, apa yang perlu diteliti?
(intro panjang sgt baru nak masuk isi)

lihat balik apa sebab sebenar kita belajar..
adakah untuk dapat result yang cantik hanya di atas kertas,
atau sebab kita mengejar suruhan Allah, yang menyuruh kita menimba ilmu, fardhu ain dan kifayah..
kedua-duanya..
adakah selama ini ikhlas kita belajar?
adakah selama ini kita belajar kerana peperiksaan sahaja atau ikhlas niat kita untuk meniupkan sikit demi sikit unsur islam ke dalam setiap bidang yang kita pelajari?
untuk memenuhi tanggungjawab fardhu kifayah, supaya islam mampu di aplikasi dalam setiap cabang kehidupan?

apa tujuan sebenar kita?
kalau niatnya memang itu, alhamdulillah..

kalau dulu niatnya menyimpang, lupakanlah niat kita yang dulu..
tajdid niat.. semoga segala sesuatu amalan kita ikhlas, lillahi taala.

dan janji Tuhan, kalau kita bantu menegakkan agamaNya, maka akan dipermudahkan, dan di beri kekuatan dalam perjuangan kita

in shaa ALLAH~

No comments:

Post a Comment

will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...