Friday, July 26, 2013

24jam

#bismillahirrahmanirrahim

ramai yang merungut, katanya kehidupan dia sangatlah sibuk dan mengadu yang mana 24jam sehari adalah tidak cukup. oit uit! jengjengjeng~ bahaya uolss. baik-baik , jaga dalam percakapan dan pemikiran serta pelaksanaan *err?* jangan sampai apa yang kita katakan itu sehingga membawa kepada rosaknya akidah kita..

tuhan dah bagi 24jam, so thats means, apa yang Dia beri itu adalah yang terbaik. cuma terpulang kepada kita, bagaimana kita mahu menguruskan masa kita. itu sahaja.

isu bulan puasa.
ramai yang tak pergi berterawih, dengan alasan esok ada test, esok ada presentation. blablabla.. padahal sebenarnya sempat je pun kalau nak pergi. paling tidak buat la terawih sendiri-sendiri..
itu takpe la, bnda sunat.
yang wajib ni haa.. ramai pula yang tinggal solat, sebabnya banyak kerja, tak sempat nak tinggal kerja. lewat-lewatkan solat sebabnya nak habiskan dulu study.
ingat,
kita ingat atau tidak belajar, kita faham atau tidak, berapa markah kita dalam peperiksaan atau apa sahaja yang berlaku, perkara tersebut tidak akan berlaku dan tidak mungkin sekali-kali berlaku jika tiada keizinan daripadaNya..

kamu belajarlah sampai 5 jam non-stop sekalipun kalau Tuhan kata kamu tak boleh ingat (sbb buat bnda yang dosa dsb) kamu takkan ingat. usaha dia ada cara dia.. usaha sungguh-sungguh itu betul,, tapi bukalnlah sehingga mengabaikan yang fardhu.
itu yang salah.
usaha, usahalah, yang wajib jangan pula ditinggalkan..

jangan sesekali mengeluh kamu hanya ada 24jam.
kerana apa?
mereka yang berjaya di luar sana juga ada 24 jam.
daripada mengeluh sahaja, lebih baik kamu duduk dan susun perancangan hidup kamu.
mana yang perlu disegerakan.
mana yang perlu diketepikan terlebih dahulu.
buat perancangan, dan yang penting dalam pengurusan masa ialah satu sahaja : DISIPLIN DIRI.

the rule is simple, but many failed ;)

selamat berusaha, dont be a loser ;)

No comments:

Post a Comment

will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...