Wednesday, July 31, 2013

belajar untuk?

#bismillahirrahmanirrahim~

ada satu hari, seseorang bertanya kepada aku :
dayah, agak-agak kalo dayah tak ambik kos foodservice, dayah boleh tak dapat pointer macam sekarang?

jawapan aku at that time, ENTAH LERR...
betul, aku tak pasti.

tapi bila difikirkan balik, ni mesti dia fikir kos aku ni senang nak score.
okay la..
memang la tak sesusah geng2 yang belajar engineering ke, akaun ke, medik ke..

cuma, aku suka ulang-ulang pesanan dan pendirian serta pandangan aku yang ini :
yang perlu kita sentiasa ingat, semua kos, semua ilmu ada susahnya untuk belajar..
semua bnda kalo salah cara belajarnya boleh terpesong hdup.

contoh?
kalo orang belajar agama.. orang akan kata, belajar agama senang, sbb tu amalan seharian kita.
apa yang susah?? katakanlah orang yang belajar hadis, kalo salah tafsir hadis tak ke parah?
pastu,  kalo peribadinya tak se-gah macam orang belajar agama, mesti ramai orang mengata kan?

contoh lagi?
orang belajar pasal hotel-hotel, masak-masak..
nampak macam seronok je.. main masak-masak, campak-campak, serving sana sini, housekeeping bagai..
tapi cuba lihat perjalanan lepas ni. bagaimana nak tempuh the real industry, yang mana semua orang pun sedia maklum la wajah dan realiti sebenarnya..
masuk hotel besar siket, mula la main arak, mula laa ada yang demand nak suh pakai mini skirt je, yang wajib freehair..
kerja takde life, 24jam orang perlukan khidmat..
susah juge..

so, kesimpulannya, memang, semua ada susahnya..
dan kata Tuhan kita, ALLAH azzawajalla, Dia takkan membebankan seseorang hamba itu melainkan dengan keupayaannya.. kalau si A ni jenis yang mahir bab ilmu kira-kira, yang perlu hadap buku je, mka dapatlah dia belajar sal buku-buku je.. kalau si B ni jenis yang tahan belajar bnda-bnda praktikal ni, maka dapatla dia kos yang begitu..

jadi, apa yang perlu diteliti?
(intro panjang sgt baru nak masuk isi)

lihat balik apa sebab sebenar kita belajar..
adakah untuk dapat result yang cantik hanya di atas kertas,
atau sebab kita mengejar suruhan Allah, yang menyuruh kita menimba ilmu, fardhu ain dan kifayah..
kedua-duanya..
adakah selama ini ikhlas kita belajar?
adakah selama ini kita belajar kerana peperiksaan sahaja atau ikhlas niat kita untuk meniupkan sikit demi sikit unsur islam ke dalam setiap bidang yang kita pelajari?
untuk memenuhi tanggungjawab fardhu kifayah, supaya islam mampu di aplikasi dalam setiap cabang kehidupan?

apa tujuan sebenar kita?
kalau niatnya memang itu, alhamdulillah..

kalau dulu niatnya menyimpang, lupakanlah niat kita yang dulu..
tajdid niat.. semoga segala sesuatu amalan kita ikhlas, lillahi taala.

dan janji Tuhan, kalau kita bantu menegakkan agamaNya, maka akan dipermudahkan, dan di beri kekuatan dalam perjuangan kita

in shaa ALLAH~

Friday, July 26, 2013

24jam

#bismillahirrahmanirrahim

ramai yang merungut, katanya kehidupan dia sangatlah sibuk dan mengadu yang mana 24jam sehari adalah tidak cukup. oit uit! jengjengjeng~ bahaya uolss. baik-baik , jaga dalam percakapan dan pemikiran serta pelaksanaan *err?* jangan sampai apa yang kita katakan itu sehingga membawa kepada rosaknya akidah kita..

tuhan dah bagi 24jam, so thats means, apa yang Dia beri itu adalah yang terbaik. cuma terpulang kepada kita, bagaimana kita mahu menguruskan masa kita. itu sahaja.

isu bulan puasa.
ramai yang tak pergi berterawih, dengan alasan esok ada test, esok ada presentation. blablabla.. padahal sebenarnya sempat je pun kalau nak pergi. paling tidak buat la terawih sendiri-sendiri..
itu takpe la, bnda sunat.
yang wajib ni haa.. ramai pula yang tinggal solat, sebabnya banyak kerja, tak sempat nak tinggal kerja. lewat-lewatkan solat sebabnya nak habiskan dulu study.
ingat,
kita ingat atau tidak belajar, kita faham atau tidak, berapa markah kita dalam peperiksaan atau apa sahaja yang berlaku, perkara tersebut tidak akan berlaku dan tidak mungkin sekali-kali berlaku jika tiada keizinan daripadaNya..

kamu belajarlah sampai 5 jam non-stop sekalipun kalau Tuhan kata kamu tak boleh ingat (sbb buat bnda yang dosa dsb) kamu takkan ingat. usaha dia ada cara dia.. usaha sungguh-sungguh itu betul,, tapi bukalnlah sehingga mengabaikan yang fardhu.
itu yang salah.
usaha, usahalah, yang wajib jangan pula ditinggalkan..

jangan sesekali mengeluh kamu hanya ada 24jam.
kerana apa?
mereka yang berjaya di luar sana juga ada 24 jam.
daripada mengeluh sahaja, lebih baik kamu duduk dan susun perancangan hidup kamu.
mana yang perlu disegerakan.
mana yang perlu diketepikan terlebih dahulu.
buat perancangan, dan yang penting dalam pengurusan masa ialah satu sahaja : DISIPLIN DIRI.

the rule is simple, but many failed ;)

selamat berusaha, dont be a loser ;)

Tuesday, July 23, 2013

malam kareem

sesi menenangkan jiwa

sejak dua menjak ni kalau nak disenaraikan masalah-masalah yang terpaksa dihadapi banyak jugak lah.
penat jugak.
tapi alhamdulillah, nasib baik masih waras, masih berjaya hidup dengan jayanya di bulan Ramadhan yang mulia ini ! yeahh.

moral support. family. friends. thanks !
the best offer ever, sir J kata :
so, U nak I buat ape?

kak a, kak na, kak ipah kate : sabar..
dan ucapan paling panjang ::
abg shuk kata : sesungguhnya doa orang yang teraniaya ni makbul (gtu ke ayat dia tadi? kira betulla)


teraniaya ? takde lah.takde la teraniaya sangat sebenarnya..
cuma diuji siket. cuma ujian datang bertalu-talu. itu saje.

tuhan nak duga iman.
tuhan nak top up kesabaran.
tuhan nak tambah kematangan
tuhan nak tunjuk sape kawan sape lawan..

terima kasih Tuhanku..
terima kasih kerana datangkan ujian bersama-sama sebuah kesabaran dan juga ketabahan..

dan mengapa aku mengaku beriman sedangkan aku tidak diuji ?

*alhamdulillah ya ALLAH.. :')

doa seorang kekasih

Oh Tuhan,
seandainya telah Kau takdirkan
dia milikku tercipta untuk diriku
satukanlah hatinya dengan hatiku 
titipkanlah kebahagiaan

ya Allah,
ku mohon apa yang telah Kau takdirkan
ku harap dia adalah yang terbaik buatku
kerana Engkau tahu segala isi hatiku
pelihara aku dari kemurkaanMu

ya Tuhanku..
yang Maha Pemurah, beri kekuatan jua harapan
membina diri yang lesu tak bermaya
semaikan setulus kasih di jiwa

ku pasrah kepadaMu
kurniakanlah aku
pasangan yang beriman, bisa menemani aku
supaya ku dan dia dapat melayar bahtera
ke muara cinta yang Engkau redhai

ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja Pemelihara ku
dengarkan rintihan hambaMu ini
jangan Engkau biar kan ku sendiri

agarku bisa bahagia
walau tanpa bersamanya
gantikanlah yang hilang, tumbuhkan yang telah patah
ku inginkan bahagia di dunia dan akhirat
padaMu Tuhan ku mohon segala..

_doaSeorangKekasih:inTeam::_

:::::_Ramadhan 15 1434H_:::::

Saturday, July 20, 2013

rasional plis.

baik. this is the first time aku rasa nak share post blog yang entah pape kat fesbuk.
yes, aku menaip sekarang dengan nafsu amarah, dengan emosi dan mungkin akan jadi kurang ajar.
sebab ape? aku tak sebaik kau. kau kan suci, kau kan bagus. baik.

kau kate niat kau baik. tapi kau sendiri dalam masa yang sama kau dah tegur salah kau. kau kata : baik mane niat ko pun kalu iman rosak, a'mal pun rosak. a'mal dengan nafsu, fikir guna nafsu, ckp guna nafsu, smua a'mal guna nafsu dan kita xsedar kerana tertipu dengan niat baik kita . nah, sekarang aku nak bagitau kau, sekarang ni niat kau tu baik dan adakah dgn NIAT BAIK kau tu kau tak tertipu dgn niat kau?

dengan ape yang kau buat?

cukupcukup melambangkan niat sebenar kau. ye, aku tak tau ape niat sebenar kau, macam kau cakap la kan. tapi aku tak bodoh la weyh nak paham. yang aku heran mana kau dapat? setahu aku, kau tak fren pon dgn aku kat fesbuk. gambar aku selain dp mana org boleh tgk melainkan fren, dan tak semua gambar yang available kalau fren biasa. kamon la weyh.

terima kasih sudi tegur, tapi berapa kali aku nak cakap CARA KAU TU SALAH!
sejak bila biat menghalalkan cara?
tak boleh ke kau bagitau je dgn cara baik bukan dgn cara terkutuk?
mmg betul la kau ni bod*h.

yes. sekarang ni aku sedang menjatuhkan maruah aku. aku maki hamun kau. aku mengotorkan blog aku dgn kata-kata kesat maki kau. tapi better la kot daripada aku pura-pura puas hati. kenapa aku tak berdepan? sbb aku takut penampar aku ni singgah kat muka kau. mahram kan? tak boleh sentuh kan? so, i'm afraid tangan aku ni sentuh muka suci kau. kena sepak ke kena terajang ke kena baling meja ke tak tau lah. so, now aku respon ikut sini lah. aku rasa kau akan baca, sbb kalau kau boleh cari gambar aku kenapa tidak kau boleh baca blogpost aku.

cuba check balik niat kau, kau nak tegur aku ke nak nak balas dendam kat aku sbb tegur kau depan-depan hari tu?

niat aku sekarang? mmg aku nak maki kau. sbb cakap baik-baik bukan kau nak dgr pon.

aku doakan tuhan bagi petunjuk kat kau.

#lepas ni kau nak kutuk entry blog aku pon kutuklah. dipersilakan dgn hormatnya.

stereotaip

#bismillahirrahmanirrahim~

terpulanglah kepada anda nak tafsir perkara ini sebagai satu fenomena ke, gejala ke, penyakit ke, sifat atau apa-apa sahaja, terpulang. yang pasti perkara ini sudah menjadi sesuatu yang sangat sinonim dengan era globalisasi modenisasi marcapada ini. ewah. marcapada. lama tak buat ayat bombastik. hah!

yang pastinya lagi, ini bukanlah satu perkara sesuatu yang sedap sepertimana rasanya kesedapan memakan biskut raya sewaktu bulan puasa atau makan ABC masa tgh panas terik mahupun mandi air panas ketika hujan lebat dan angin bertiup kencang. 

kenapa?
kerana biasanya stereotype akan berkisarkan perkara-perkara negatif sahaja. biasanya dan kebanyakannya.

stereotype ni ape?
oh, tak tanya awal-awal.. meh sini cikgu explain. 
ini keadaannya di mana kita membuat tanggapan sendiri, yang mana keadaan sebenarnya belum tentu betul atau tidak seperti mana yang kita fikirkan.

contoh? 
contohnya bila kita tengok seorang lelaki yang memakai T Shirt lusuh dgn jeans koyak di lutut, bawak gitar rambut panjang tapi hensem (ehem nak jugak). so, minda kita secara tak sedar akan ter-stereotype bahawa dia adalah seorang yang takde hala tuju hidup, budak jalanan, miskin, taktahu agama, tak guna, menyusahkan hidup banyak orang dan sebagainya. padahal kita mananya tahu asal usul dia sebenarnya. mana tahu baru lepas habes mengaji PhD, mana tahu baru lepas pergi service lambo kat kedai, mana tahu baru lepas balik tarbiah budak-budak jalanan psal agama. 
kan?
jadi keadaan ini sangat dan amatlah membimbangkan.

daripada dok mengata buat cerita yang tak betul lebih baik la kita pergi jumpa dia dan tanya dia. 
kan.. confirm dapat cerita betul. cerita lain lah pulak kalo dia menipu tu. 

dan daripada kita dok bersangka macam-macam kat orang lebih baiklah kita muhasabah diri sendiri dulu.
 
amacam?

new look. again~

hah haa.. biasa la uolss. stress2 kita edit blog. wink wink *.*

Sunday, July 14, 2013

dan terkilan

okay. seriusly hari ni sangat terkilan.
atas dasar  beberapa perkara. gila. mmg gila. aku punye kerja bersengkang mata buat bnda tu kau boleh kata aku tergedik-gedik saje. aduhai sedap mulut nya mengata. dia tak tau kite ni dah byk mana nak sampai ke tahap ni. peh. boleh dia kuar statement tergedik-gedik goyang kaki saje. aku yang takpaham ke kau yang tak reti bahase? tolong faham konsep sebenar siket boleh tak? maigod. sabo je bulan puasa ni.
aku punye panjang lebar explain end up kau kate ape? kau tak faham. bebal sangat ke?
ke kau tak paham bahasa melayu sebenarnya?

hoi, nasib baik jugak laa ego aku ni tggi. nasib baik Tuhan kata aku pergi sorang je tadi. kalau tidak mahu bersorak sorai la kau kalau aku bawak member then dia menanges kat depan kau. kamon laa dear kau, everybody have their own rights to be respect! hah. ke kau tak faham jugak yang ni? *sarcastic smile*

and satu bnda lagi yang buat aku terkilan dan tersentap hati. yang ini serius aku sedih. when someone says : jaga *** (satu nama kelab/persatuan yang dirahsiakan) as your life walau keadaan mcm mane sekalipun.
i want to but i dont know how to do it. everybody seems to forget about it. so who am i to clean all the mess made before? all alone? impossible.
bnda ni kena kerjasama semua. and honestly i'm dissapointed when we cant fix it. tau masa masih ada. and i promise you i'll try my best. the very best of me. and hopefully you are there, everyone are there. giving the full commitment. if these could happen, then it would be easier..

and hah.. nothing much to say then.

hanya bermohon, moga ALLAH redhakan hati aku atas semua yang berlaku. mohon terus di beri kekuatan. mohon teman-teman masih ada utk bagi moral support. thats all.

everything need to be re-set. everything need to be re-check. i'm trying. wish me luck
#bismillahi awwaluhu wa ausotuhu..

Wednesday, July 10, 2013

mocktail feelings

so this is penjelasan kepada status di fesbuk dan tweet di twitter yang mana akaunnya twitter di rahsiakan pandai-pandai la cari sendiri sbb twitter tempat mengutuk orang. ehh.

*sounds track bruno mars when i was your man playing*

taktau. mix feeling. kenapa guna kiasan mocktail? sbb nak gambarkan campuran yang halal. hurm.

sem yang penuh dengan kekecewaan, kekesalan, rasa nak maki diri sendiri, penuh dengan keterkejutan, mainan hati, seprais. pendek kata, semua nya beyond expectation. most of them, aku tak pernah rancang dan tak pernah terbayang pon walau sedetik nak lalui semua ni. tak melampau mana kalau nak kata it is too much! wuwuuu.. tension uols. konflik sana konflik sini whereas i am the middle person. kelas cara kelas. itu cara itu ini cara ini. pening. tension. stress. nah. tiga serangkai ni mmg kawan baik aku lerr sem ni.

owh plis. i need rest. i need someone to speak to. yang mana tahu keadaan semua ni. yang mana bila aku cerita dia dapat bayang keadaannya. and then give me solution. and work with me. susah. kawan bukan takde, in fact ramai. tapi nk jumpa yang tahu semua bnda ni dan boleh bagi the good solution it is hard to. end up, sama je macam orang lain. boleh je buat senyap. seriusly sekarang dah sampai tahap aku malas dah nak fikir. malas. taknak. and that is what im doing now.

bersalah. ye. hati ni robek juga sedikit bila dengar 'nama' itu. ya allah, bila nak ikhlas ni?
:(

yes. keihklasan benar-benar diuji. keikhlasan. kesabaran. berat juga ujian kali ni.

another thing, kecewa. kenapa kau demand lebih? aiyaa.. cuba tutup buku lah macam ni. putus harapan dah.

its already July. August. September. siket lagi nak habes sedangkan banyak lagi bnda that need to be catched up! persoalannya, sempat ke? mampu ke? balance ke?

ya allah semoga sempat. semoga segalanya berjalan ikut flow dan perancangan balik. but then, sebelum tu semoga sempat merancang dan merangka.

bismillahi awwaluhu wa ausotuhu wa aakhiruhu....

will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...