Thursday, April 04, 2013

respon respin, ehh?

bismillahirrahmanirrahim..



ehe. muncul lagi selepas merapu sebentar tadi :P
oke. stret to the point.
dan seperti permintaan dan janji saya kepada saudari ini, maka saya nak respon la kepada satu post bertajuk  : rahsia. oke takleh bagitau.

1 : susah nak bergaul dgn lelaki.
oke. ni mmg masalah yang rata-rata budak perempuan yang bersekolah di sekolah yang semua perempuan dalam tempoh masa yang panjang akan hadapi. and im EXcluded. alhmadulillah. hehe. 
baiklah kepada mereka-mereka yang menghadapi masalah ini. bukanlah kita kata, bila takde perasaan malu bila bercakap atau berhubung dgn kaum yang berlainan jantina ini kita tak normal. bukanlah bermakna kita membuang hukum agama kita. bukan juga bermakna kita takde perasaan kepada kaum berlainan kita bahkan sebaliknya, *oke yang ni lagi bukan* . tapi, satu yang kita kena ingat, urusan sehari-harian kita bagai2mana sekalipun akan memaksa kita untuk berhubung dgn mereka..
bukanlah juga bermakna, bila kita berhubung dan berkomunikasi kita perlu bergedik-gedik berlebih-lebihan * ohh bahasa aku hancur* . bukan. bukan bermakna kita perlu lebih-lebih. bila kata takde perasaan malu itu bukanlah bermakna langsung tak malu, maknanya kawal perasaan malu utk mudahkan urusan kita.. kita berurusan, mana yang patut di jaga perlu dijaga, tapi urusan itu juga perlu diselesaikan.
takde masalah sebenarnya soal ini. orang kata alah bisa tegal biasa. tapi jangan la pula sampai biasanya jadik terluar biasa.. jangan la pula yang tak patut jadi biasa kita biasakan.. berbalik kepada niat kita. kenapa kita berurusan dgn mereka. kenapa kita berada dalam kalangan mereka. dan kenapa perlu kita berada di situ. kenapa dan kenapa?
sebab kita nak tuntut ilmu kan? sebab kita nak tahu kan? so, sesungguhnya amalan itu berdasarkan niat kita :) so, selalu ingat-ingatkan diri kita matlamat utama kita. in shaa allahh, takde masalah :)
sesiapa yang membantu agama allah, nescaya allah akan membantunya dan menguatkan tapak2 kakinya. :) 

2 : senang saja. agama tu sendiri menggalakkan umatnya berjalan dan mengembara mencari ilmu. kalau tidak, mana adanya sampai Tuhan bagi rukhsah jamak qasar ? nah. soal masa depan. keluarga. boleh nak fikir. tapi buat masa sekarang,, tak perlu lagi fikir jauh-jauh.. masa belajar ni la nak belajar nak merantau jauh.. nak tgk Bumi Tuhan.. keindahan alam. keajaiban dunia.. bia dah habis belajar bila dah kawin tu lagi susah. especially for girlssss~ ke tak habes blaja lagi dah nak kawen? ehh, 
kesimpulannya, jangan kusut masaikan fikiran, tak perlu tension2 fikir apa yang akan jadi masa depan. yes, kita merancang. bukan kata tak perlu fikir masa depan tu tak perlu merancang. giler tak perlu? perlu la beb. tapi, jangan takut untuk ambik risiko.. kita kan hebat ;)

and last but not least :

3 : betul. setiap bnda kena tahu mana tujuannya. kenapa kita buat semua bnda tu. dan betul, seeloknya, setiap bnda yang kita buat tu tujuan utama lillahi taala..
cuma, satu bnda yang selalu mereka mereka dan mereka salah faham ialah bila bercakap soal agama, mereka terlalu rasis *oke salah term ea?lantak p laa *  dan taksub. jangan, jangan dan jangan sempitkan fikiran anda. bukalah fikiran anda seluas-luasnya.. agama itu skopnya luas. berbakti tu juga skopnya luas :)
bidang mana-mana pun kita cebur, kalau betul caranya, at the end of the day kita boleh jugak berbakti. kan? as i said before, islam dah letakkan mana fardhu ain mana fardhu kifayah..
semua org kena kejar dan penuhi fardhu ain,, tapi yang sedihnya bila semua orang nak mengejar satu dua tiga bidang sahaja daripada baaaaaaaaaaaanyak-banyak bidang fardhu kifayah, apa nak jadi dgn yang empat lima enam yang lain?? 
betul..setiap apa yang kita nak buat tu berdasarkan minat. tapi, macam mana kita nak tau minat ke tak kalau kita tak tau dan tak mendalami pun bidang tersebut??
pendek kata, minat sebenarnya boleh dipupuk :)
dan lagi betul sebenarnya, apa-apa yang kita nak buat mestilah dgn restu ibu bapa.. redha allah bergantung kepada redha ayah ibu pada kita. :)

kalau rasa susah, duduk dan berbincanglah, tanya pandangan ibu ayah anda. tanya pandangan guru anda. tapi yang paling utama ialah anda. anda yang nak belajar. anda yang akan berbakti selepas ini. mereka hanya bagi pandangan dan restu. keputusan tertakluk kepada anda. anda yang akan menjalani kehidupan anda. mereka cuma membantu sahaja dari jauh..
jadi, ANDA harus memilih :)
dan bila pilih, pohon restu dari ibu bapa anda. itu jalan terbaik.


ohh. yea? macam berat ea?
takdelah.. kita kan dah besar.. jangan risau kita ada Allah, dia yang paling tahu semua bnda.. so, banyak-banyak doa, istikharah kalau perlu. dan satu lagi, istikharah tu tujuan dia utk kukuhkan pendirian kita. bukan utk goyahkan lagi auat haru-birukan lagi perasaan kita. :)

inshaallah, tak susah.
sesudah buat keputusan, tawakkal la kepadaNya..
kita dah berusaha..

so, itu sahaja yang termampu utk bagi respon. semoga bermanfaat. semoga dapat membantu. dan semoga andai ada salah di mana-mana mohon di tegur :)

salam hormat :)

1 comment:

will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...