Thursday, February 21, 2013

masa

bismillahirrahmanirrahim..

fuhhh. mula-mula nya mintak maaf kepada sahabat saya : cik zubaidah ye. lambat sikit tunai janji . ececee~

so, kita dah banyak buang masa jom kita teruskan sahaja ye.

berdasarkan soalan : pengurusan masa. bagaimana?



pandangan dan jawapan saya ialah :

pengurusan masa tu sesuatu yang sangat abstrak untuk dijawab atau diikut oleh semua orang.
kenapa?
ya betul kita semua punyai masa yang sama, 24 jam sehari, 7 hari seminggu. tak lain dan tak bukan dan tak berbeza dengan walau seorang pun manusia atas muka bumi ini.

masa ni pulak satu kuantiti fizik yang sgt abstrak. takleh di putar, takleh diundur, takboleh di cepat atau dilambatkan.. cuma dua bnda je pilihannya : dimanfaatkan atau dibuang. 

dan yang pastinya buang masa laa bnda yang paling senang dan seronok untuk dibuat :D
kan?

kan ?

kannn ?

alaaah, takpayah tipuuuuu laa~


oke back to the top. back to the topic. kenapa aku kata bnda ni sangat abstrak? sbb walaupun kita punya masa yang sama, tapi setiap orang semua tak sama dalam mengerjakan urusan seharian.. walaupun makcik keje kat kilang, department yang sama semua kan, tapi still kehidupan dia dengan makcik yang duduk disebelahnya tak sama. balik rumah, mugkin yang ini ada anak 9, yang tu ade anak 13. 
hah. lain kan??

so, setiap orang punya pengurusan masa adaah sangat berbeza, tepulang kepada individu tersendiri.

kita boleh merungut, kita boleh merengek *ehh?*  tapi buat la apa pun, masa stull sama..
dan bagaimana pula bagi mereka-mereka yang umpamanya takcukup 24 jam sehari.. 
dan bagaimana pula dengan mereka yang taktahu nak buat apa dengan 24 jam sehari itu?

haa..
begini : bagi mereka yang kerja banyak, urusan banyak, back to back istilahnya kan..
how to manage ur time?
satu panduan yang kita boleh guna ialah asingkan kerja dan urusan anda kepada 4 bahagian:

penting dan segera
penting tapi tak segera
takpenting tapi segera
tak penting dan tak segera

oke, klasifikasikan mereka dalam golongan ini. dan anda akan dapati anda menang wang berjumlah 2juta hidup anda tenang dan damai walaupun weekend tak macam weekend. 
*eh yang ni rasa macam hempap kepala sendiri*

yang penting, kita tahu mana yang nak kena buat dulu. 
kerja tetap amanah.. tapi belajar tu amanah yang lagi utama. 
so, takde istilah yang tu nombor satu, yang ni nombor dua.. 
seiringkan mereka kalau anda ingin jadi orang yang hebat... :D

cuma yang anda kena yakin anda mampu melakukannya :D

dan bagaimana pula dengan masalah tension?
masa tension mesti takjadi keje nye~

dan saya suka bagitau anda begini : lebih baik kta habiskan sedikit masa utk release tension daripada menanggung ketensionan sampai bila-bila..

contoh, anda tension, tapi anda nak jugak study. anda paksa, dan paksa dan paksa. mmg anda boleh habiskan silibus, tapi adakah anda faham dan adakah berkualiti masa yang dihabiskan?
dah la tu,, ketensionan yang disimpan akan mengambil masa yang lagi lama utk recover.

berbanding dgn stuasi ini :
anda study kemudian beberapa masa kemudian anda rasa sangat stuck, overload dan juga tension.
anda berhenti, take a sip of tea, coffee ke.. main game barang 30minit, online fesbuk gelak-gelak kejap then sambung balik study.
yang ni lagi berkualiti.
tak caye try la 

tapi jangan dok menggedik la study minit dah kata overload. 
huh. yang tu mengada namanya. yang tu naza* dah rasanya tu. 

pandai la beza-bezakan.. 
anda lagi kenal diri. anda.. 
kalau anda nak tipu pun, nak tipu sape? 
diri sendiri?

useless semua tu.. 
kalo ye pon nak menipu takke terlalu zalim nak tipu diri sndiri??

oke now, 
kita proceed ke yang seterusnya :
yang rasa taktau nak buat ape dalam masa 24jam tu.
hahh kalo aku ni lagi tension daripada taktau nak buat yang mana satu dulu..

yang ni kena rajin-rajin kan diri la..
banyak lagi bnda yang anda boleh buat.. 
contohnya kalo kat umah, pegi la tolong mak masak kat dapur ke..
tolong kemas rumah ke.. 
tolong sidai basuh gosok baju ke..

takpun, duduk depan laptop tu, online, baca la mana-mana bnda pun yang boleh tambah ilmu,, 
pengetahuan am ke khas ke tak kisah..
selidik sejarah negara dan bangsa ke..

dah dulu dalam kelas sejarah tido kan? 
ehh.

takpun, pegi laa ambik fresh air.. 
memerhatikan tindak tanduk rakyat malaysia..
cari keje part time ke..

lagi??
haaa. yang ni la yang penting sekali.
masa anda free ni la boleh banyak-banyakkan amalan...

ibadah khusus :)

banyak-banyakkan baca Quran.. sekali dengan tafsir.. 
sebab ape? tme bz sah-sah dah anda tak sempat nak tilik tafsir kan? 
baca je.. 
tu pun laju-laju sekadar menenangkan hati kan..
and sampai sumtime tu dah jadi macam baca sambil jalan, 
maksudnya baca je la surah mana yang lekat dalam kepala kan?


hmmmmmmmmmm..
banyak sebenarnya bnda yang kita kena buat..

cuma kadang-kadang kita je yang terlepas pandang dan juga termalas sedikit sebanayak kan..

so, move forward :)

masa senggang tu satu nikmat jugak. 
nikmat yang selalu kita lupa selain nikmat kesihatan. tu Nabi kata :)

jadi, kesimpulannya..

anda banyak keje ke, tak banyak keje ke, 
Allah tu bagi adil, dia tahu 24 jam tu mmg dah cukup dah untuk apa jua jenis gaya hidup.
cuma terpulang kepada kita, pandai atau tidak menguruskannya :)

selamat berjaya :)

2 comments:

  1. trima kasih k.dayh..
    petua2 brguna..

    ReplyDelete
  2. hurmm.. thanks a lot for the info and tips.. my lecturer have said that, "don't never ever say you are very busy or you are very bored because that's mean you do not manage your time well..." that's what my lecturer said... thanks hidayah... :)

    ReplyDelete

will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...