Wednesday, October 31, 2012

haruslah?

ehemm. masa g naim ai tu,, ada sorang junior tegur:

galok eh kdyh loni, ado ore ko?
err,, haruslah ado gewe dulu baru bulih merasa ke-galok-an??
HAHA.
rasanya jak dulu lagih prangai gni :P
heee
atau kegalokan itu menjadi lebih extreme sbb dah alah bisa tegal biasa dgn kesibukan dan ketensionan??
hurmmmm
itu sahaja sebabnye ye adik-adik.
tak de sebab lain, takde takde, no no no no

mode :: tension nak cari maklumat pasal revolusi perancis n kesan ke atas eropah --

Tuesday, October 30, 2012

rezeki:::

bismillahirrahmanirrahim :)

rezeki?
takpernah nak terduga dari mana datangnya rezeki.

sesi menziarah cikgu-cikgu kat sekolah tadi dan bila-bila pun mmg osem la.. sempat cikgu sejarah aku dulu, yang selalu dulu  panggil nama aku sbb tdo dlm kelas dia, sejarah, c'mon! cikgu azizam..

beliau ade cerita sal sedara dia,, ambik kos bahagian makanann gtu, last-last skang keje as cikgu SEJARAH!

macam mana boleh jadik hampa tanya? asalnya, dia mmg belajar sal makanan, aku lupa kos ape, then , dy sambung dan sambung dan sambung lagi blajo,, sampai 1 tahap layak jadik cikgu ajar Kemahiran Hidup. then, dia jadikla cikgu.. but then, bila dh jadik cikgu ni, tetiba kat sekolah dia tu tak cukup cikgu, and then dia kena ajo sejarah. HAHA. aku gelak bukan sebab lucu atau ape, tapi macam,, err? huii, rezeki tuhan tu ade kat mana-mana.. ketentuan dia takde sape boleh halang right??

and then, yang paling best cikgu cakap tadi : takde guna kita ni kalo pandai pon tapi pemalas.
katanya lagi,, kalo antara kita2, kita yang paling pandai, itulah cabaran sebenar,, yang mana kita kena jihad masa tu.. macam mana kita nak buat sampai org2 sekeliling kita pon jadik pandai macam kita? sounds hard kan?? and the most important is : janganlaaa sombong bila pandai.. 

hurmm..
jihad.. jihad tu kena ada. jihad tu ape hampa tanya?
bukan g berperang ja,, kita kata jihad ni apabila kita buat sesuatu bnda tu dgn bersungguh-sungguh, tekun, kerana ALLAH :)

jihad, daripada perkataan arab JA HA DA. nah, carik dlm kamus marbawi ! haha

last word 
thats why i miss my school. tak jumpe tarbiyyah begitu di tempat lain :')

till then, tataa :)

Sunday, October 28, 2012

keep smilin'

smiling and speechless.












siyesly tak sangkaa
eheee..




*jolly dance*

tapi bila pk balik,,
bukan ade ape pon, eksaited je lebih.


tapi takpe lah, ko ade? HAHA.


dont judge

assalamualaikum wbt warga dunia * bajet blog aku hot *  :D

kita ni tak boleh tidak tengok orang je mesti nak terus judge kan?
aku pon pernah experience, bukan sekali, tapi agak berkali-kali juge la.
yang nasib baiknya, aku ni bukan jenis yang bila rasa macam tak best je orang tu terus aku hentam dia damn you damn you!
tak~ heh hehh..

kenal dulu someone before we judge them! 
even bila dah kenal pun, again i tell you ye, kita tak berhak nak judge keburukan orang kebaikan takpe  :)

ada orang yang aku kenal nampak macam err,, dia ni betul ke tak?
ataupun dalam hati pernah jugak mengutuk tak guna je nampak dia ni * jangan tiru aksi ini di rumah atau di mana sahaja anda berada* tapi kan bila kenal-kenal balik,, ternyata ada juga something yang lebihnya mereka daripada aku, yang buatkan aku respek jugak, eh bukan respek jugak tapi mmg tabik ah.
tak kurang jugak yang anggapan aku memang betul yg orang tu tak guna dan ada jugak time-nya nampak macam baik tapi teeeetttt

maka benarlah yang dikata-kata, setiap orang tu ada baik ada buruknya,
ada lebih ada kurangnya. takde manusia yang sempurna :)

so, jangan nak berbangga sangatlah kalo rasa diri tu hebat ye.
and satu lagi, dah hentikanlah sikap-sikap mengata-ngata, men-judge orang ye.

dont judge a book by its cover, dont judge a person by their face.

err?? wateva. hee :P

accept difference!

sesungguhnya yang membezakan manusia dengan manusia yang lain hanyalah taqwa kepada ALLAH.
taqwa pula hanya DIA yang mampu mengukur sejauh mana tinggi atau rendahnya :)

renung-renungkan ;D


Saturday, October 27, 2012

lelaki dan HATI perempuan

assalamualaikum wbt~

betul-betulkan duduk anda, selesakan diri meh kita buka cerita.
ehemm

bila sebut tentang lelaki dan hati perempuan. dan aku yang menulis menaip pendapat aku di sini, orang yang di usia awal remaja memang tak selalu berjumpa dgn lelaki di sekolah *yeahh, kan sekolah aku dulu takde lelaki, so mana nak jumpa. hah hah*
bila di tanya tentang hati perempuan :
gals ni memang once boys rapat dgn dia dia akan fikir boys ni suka kat dia ka?
nah, thats the problemo.
bagi aku, it depends on that gals.

ada certain gals yang memang macam tu, and ada certain gals yang tak fikir macam tu.
ada sesetengah ni, mudah bonar tergugat, ter-crush hatinya dengan lelaki. banyak kali cakap siket je, dah mula dahh.. itu yang susahnye. but then tak semua macam tu, ada pulak yang dah memang terang-terang suka kat dia,,selalu msg, call ke, ataupun dah terang2 propose pon buat dekk lagi. so, as i said, it depends on individual.

but then, sejujurnya, hati perempuan mana yang tak tersentuh bila ada orang care pasal dia, ofcourse, selaku girls yang normal, sedikit sebanyak akan tersentuh juga hati dia. tapi sekali lagi, itu juga bergantung kepada seseorang, its either nak mulakan hubungan ataupun sebaliknya..

tapi percayalah, aku tak pernah percaya bila tgk laki pompuan yang selalu bersama-sama, tapi bila orang tanya sebab aku takkan pernah tanya soalan macam tu kat orang, they do not admit it. hello, laki dgn pompuan ni macam magnet kutub utara dgn kutub selatan. tak yah cakap ape lah, lama-lama tertarik, terpaut jugak. kan?

dan bila orang tanya aku, takde pakwe ke? no, i never have even 1.
sebab? sebab aku takut. takut ape? takut macam-macam, segala benda yang patut ditakutkan. takut tuhan tu satu, takut ditinggalkan, takut kecewa, semualah. aku bukan tak berkawan dgn lelaki, yes i am, aku berkawan, cukup la setakat kawan. bagi aku, kalo ada yang betul-betul serius dgn aku, dia bukan melamar aku untuk jadi girlfren ke pompuan simpanan ke ape, tapi akan terus melamar jadi? jadi ape? ye.. pandai...
oke dah larik tajuk.

so, thats it.takleh panjang-panjang dah nanti lagi teruk meroyannya. heh heh.
daaa ^^

Thursday, October 25, 2012

hatihati

sekali hati dilukai, takpe lagi.
tapi bila berkali-kali hati dilukai, sorry.takkan berpaling lagi..


Wednesday, October 17, 2012

perfume vs ta*k

assalamualaikum. amboi, kasarnya tajuk.hmm, dah cuba maniskan dgn letak star.
aku taknak hipokrit, orang yang kenal aku tau la, aku ni perangai bukan baik sangat, nak jaga percakapan ke ape, i am who i am. orang sopan dgn aku, so do I and vice versa.

aku paling bengang kalo ada orang perasan nak menegur orang, membawa ke arah kebenaran la konon, tapi masalahnya sibuk nak memfitnah buat cerita pasal orang lain. aduuiii.. mana anda blaja ni? kita, kita tak boleh nak dgr dan tgk sebelah pihak je. tuhan, allah swt bagi kita akal, gunala nak berfikir. thats why i had stated in my status : sebelum kita berebut hak nak bersuara apa kata kita guna dulu hak berfikir dgn akal yang tuhan bagi. ni tak, bila dah terlalu taksub, terus buta tuli. dgr je orang buat cerita, tak siasat akar umbi, teruusss je percaya. percaya sorang takpe lagi, ni mencanang-canang cerita..

hello, anda sedar atau tidak anda sedang menebar fitnah? kalaupun nak mengukuhkan kedudukan sekalipun, tak guna kalo tapak tu dibina atas dasar kerapuhan fitnah. atas dasar dengki iri hati, menghukum membuta tuli.. tu yang aku kata, perfume vs ta*k.. nampak macam wangi je, dok kate ta*k busuk, dah kau yang wangi pun buat jahat, lagi bagus ta*k tu yang tak berselindung diri dia busuk dan terima yang orang tak suka dia walaupun kalau tanpa dia merana kau. cuba kalo tak lepas hajat boleh 2,3 hari, nah ape rasa, tapi kalo tak pakai perfume setahun pon boleh je hidup? so, yg hipokrit tu, insaflah !
sila reflek diri anda,

Monday, October 15, 2012

anda salah.

aku pelik betul la dgn dunia sekarang ni. katanya mahasiswa mahasiswi tapi ya allah, otak pemikiran tu entah mana campaknya. salah orang nampk, salah sendiri? sorry. confident lebih, yakiiin je dia tu selalu betul. ish. c'mon bro, kalau ye pun nak berkhidmat untuk negara masuklah plkn biarlah di landasan yang betul. nak menghentam orang lain, bawak bukti. setakat cakap kosong, mmg kes kau kalah laa.. sory la, lawyer terhaibatt pon takleh tolong tau. nak tuduh orang itu ini. orang lain oke je, tetibe anda bawak citer buruk itu ini. sedara, mata hati anda yang kena betulkan tu. tak gurau ni, saya serius. 

katanya zaman dh millenium, kalau phone pon dah boleh jadik smart, takyah tekan2 button, keypad ke apeke jadahnya, hanya perlu angkat dan letak ke telinga dah boleh jawab call, kenapa tidak minda anda pun jadi se-smart itu? kenapa minda anda takleh nak catch-up, bila orang buat itu ini, bila orang halang kita atau tegur kita, terus faham yang kita salah. kenapa? susah yea? takpe, usaha pelan2. insyaallah berjaya.

tolonglaa jangan pentingkan diri. dah ke pentingkan diri nak jatuhkan orang pulak. buruk tu perangai macam tu sedara... niat tu, kena betul. apa yang anda nak perjuangkan sebenarnya? walaupun niat anda bagus, dan kerja anda tu molek, tuhan kata, matlamat takpernah nak halalkan cara.. pelaksanaan sedara, pelaksanaan tu macam mana.. ikut prosedur ke tak? cuba jawab soalan tu dulu. salah satu cara yang salah ialah dgn MENIPU, MEMFITNAH orang. c'mon, dosa tu.. fitnah tu kan lebih teruk daripada membunuh! 

now, you go and reflex urself!
istighfar banyak siket, ni hah,baca doa ni :

ya allah, tunjukkanlah kepadaku yang benar sebagai benar dan rezekikan aku untuk menghampirinya..
tunjukkan kepada ku yang batil sbg batil dan rezekikan aku untuk menjauhinya..


keliru lagi?
istikharah la banyak-banyak sedara..
ape? ingat istikharah tu buat cari bini je?
hah.sekali lagi anda silap.

take care then, salamullah'alaikum!

Tuesday, October 09, 2012

grrrrrrrrrrrrrRRR

aku buat blog ni bukan nak mengutuk atau nak mencaci orang.cuma kadang-kadang nak lepas perasaan geram tak salah kan? HUH.

will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...