Thursday, June 07, 2012

semilir bayu 4

Mir, bila nak mula berguru dengan Haji Mad?
tanya babanya sambil tangannya mencapai cawan kopi buatan isterinya.

insyaallah, petang esok baba...
jawabnya sambil senyum..

kamu ni serius ke mahu belajar, memang nak jad imam kat kampung ni ke macam mana?

eh, tak jugak ba... amir ni, sekadar memenuhi hajat Haji Mad tu, lagipun, tak rugi juga belajar, menuntut ilmu begitu.. nanti amir dapat kerja, kalau sempat, Amir buat dua-dua, tapi, hajatnya,, Amir nak cuba cari pelapis ramai-ramai, supaya remaja-remaja kat kampung ni semua cukup pakej jadi imam.. Haji Mad pun setuju dengan cadangan Amir ba,,

ohh, begitu,, bagus juga tu,, 
balas bapanya.

********************************

macam tidak percaya. Asyraf cuma bercadang mahu membuat majlis kesyukuran kecil-kecilan sahaja untuk meraikan perkahwinannya dengan Milah. tapi,, ramai pula warga kampung yang tumpang gembira, dan menawarkan untuk memberi sumbangan dan mebantu sepanjang majlis. katanya, masa ini la yang dapat mereka gunakan untuk bersedekah. lapang rasanya hatinya. lagipun, majlis petang tadi berjalan lancar.

jauh termenung bang.. penat ye,, ni saya buatkan teh panas.
sapaan Milah mematikan lamunan Asyraf.

terima kasih.. anak-anak dah tidur?
balasnya lembut, sambil menatap wajah isterinya..

dah bang.. abang minum la dulu, Milah pergi siapkan tempat tidur ye..

Asyraf hanya mengangguk,,

*********************************

taknak!

Asyraf terjaga. terpisat-pisat dia bangun dari tidurnya. tertidur pula dia seusai solat subuh tadi.
lantas dihayun langkahnya ke dapur,

makcik ni sape? orang taknak la makan.. kenapa nak paksa-paksa,,

Daniel, makanla siket, nanti perut masuk angin..sakit perut kan susah.. 
mari, mama suapkan,

mama? makcik, mama orang dah takde la.. 
makcik jangan nak suruh orang panggil makcik mama tau. 
orang taksuka! 
lagipun, kalau mama orang dulu, dia tak pernah rasa susah pun kalau orang sakit perut ke ape. makcik jahat!
bentak Daniel.

takpe la kalau taknak panggil makcik mama pun,, tapi Daniel makanla siket ye?
Milah menyuakan pinggan dan sudu ke mulut kecil Daniel.

taknak!
serentak dengan itu, Daniel menolak pinggan di tangan Milah, habis bertaburan nasi di atas meja makan.

Daniel ! tak baik buat macam tu!
Milah hilang sabar lalu menampar bahu Daniel.

anak kecil itu mula menangis,

Mak Cik jahat! orang benci Mak Cik sampai bila-bila!

jeritnya sambl berlari ke biliknya. Milah terkedu.
.
Astaghfirullah.. Apa yang aku dah buat ni?

apabila Milah memalingkan mukanya mahu menyusul Daniel, dia terpaku..
Asyraf di muka pintu menyaksikan segala yang berlaku tadi..
lantas dihampiri Asyraf,

abang.. Milah mintak maaf, Milah mntak ampun bang.. 
Milah takpatut layan Daniel macam tadi.. 
Milah dah pukul Daniel, abang pukul la Milah balik bang... 
kesian Daniel, mesti sakit,,
ujar Milah dengan air yang mula bergenang di tubir matanya.
kini dia hanya mampu memandang lantai.

Milah,, Milah tak salah... yang salah tu abang.. 
abang yang tak fahamkan Daniel betul-betul.. 
Milah maafkan abang, amafkan Daniel juga ya? 
dia budak-budak lagi..

Milah tahu Daniel tak salah.. yang salah tu Milah bang,, Milah ...

shhh.. dah la tu,, nanti abang cuba pujuk Daniel ye.. 
dah,, Milah pergilah siapkan kerja rumah yang lain, jangan risau ye..

**********************

mir, pertama sekali, kamu mesti tahu yang mana rukun solat, yang mana sunat solat. sunat tu pulak, yang mana ab'adh, yang mana hai'ah,, rukun tu pulak, mana rukun qauli, mana rukun fi'li dan mana rukun qalbi..

owh,, urm.. saya cuba ya Haji..
rukun solat ada 13 semuanya..

  1. Niat ; ni rukun qalbi
  2. Takbiratul Ihram, rukun qauli..
  3. Berdiri tegak bagi yang berkuasa ketika solat fardhu dan bagi yang tidak berkuasa, disebabkan sakit dan sebagainya boleh melakukannya secara duduk, berbaring , telentang atau dengan isyarat. rukun fi'li.
  4. Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat. rukun qauli..
  5. Rukuk dengan toma`ninah. rukun qauli..
  6. I`tidal dengan toma`ninah. rukun qauli..
  7. Sujud dua kali dengan toma`ninah. rukun fi'li..
  8. Duduk antara dua sujud dengan toma`ninah. rukun fi'li
  9. Duduk tasyahud akhir dengan toma`ninah ; rukun fi;li
  10. Membaca tasyahud akhir ; rukun qauli,,
  11. Membaca selawat ke atas nabi pada tasyahud akhir ; rukun qauli,
  12. Membaca salam yang pertama, rukun qauli,
  13. Tertib ertinya mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut ; rukun fi'li..

oke,, alhamdulillah.. untuk kamu sebutkan satu-satu sunat ni, banyak.. beginilah, saya tanya kamu, kamu jawab ye.. apa hukum, seorang itu bersolat tanpa membaca bacaan pada rukuk, sujud juga duduk antara dua sujud?

hukumnya, solat si fulan itu sah Haji, sebab, bacaan ketika sujud, rukuk dan duduk antara dua sujud itu hanyalah sunat, dan sunat hai ah pula,, maka solatnya sah tanpa perlu dia melakukan sujud sahwi.

alhamdulillah, betul. andai pula si fulan itu, dalam keadaan istihadhah yang teruk, bagaimana pula cara dia menunaikan solat fardhu?

masyaALLAH.. yang saya tahu, orang yang tengah istihadhah ni, memang tak boleh solat berjemaah. satu wudhu' hanya boleh digunakan untuk menunaikan satu solat fardhu sahaja. tapi untuk solat sunat, takde hal. dan setiap kali dia nak bersolat, dia kena pastikan dirinya bersih daripada hadas dan juga darah pada dirinya. dan dia boleh berpuasa. kalau nak menjawab soalan Haji tadi tu, saya kurang arif...

bagus pengetahuan kamu, walaupun kamu ni lelaki, tapi banyak juga yang kamu tahu tentang masalah wanita.. saya bangga dengan anak muda seperti kamu Mir.. begini, dalam keadaan istihadhah yang teruk, seorang perempuan tu memang kena tunaikan hanya rukun solat. kerana, ikutkan hukum asal, wudhu' akan terbatal apabila keluarnya sesuatu dari qubul atau dubur. dan seperti yang kita tahu, mana sah solat yang tanpa wudhu'. tapi dalam kes ini, dalam keadaan istihadhah, wanita tetap wajib bersolat. maka, dia perlulah menunaikan solat secara sempurna, tapi sepantas yang mungkin,, dan dia diberi rukhsah begitu.

bagaimana jika dia tetap mahu menunaikan perbuatan sunat dalam  solat?

boleh, jika dia boleh pastikan yang tidak ada darah yang keluar sepanjang dia bersolat. jika darah keluar dalam tempoh dia bersolat kerana dia enggan menunaikan solat yang hanya rukun sahaja, dia dikira mempermainkan solat..

subhanallah.. urm,, Haji, takdeke rukhsah untuk mereka yang istihadhah ni untuk mereka menunaikan dua solat fardhu dengan satu wudhu' ?

bagus soalan kamu Mir.. jawapannya boleh,, tapi dengan cara begini : kita ambil contoh solat maghrib la ye, dia hendaklah menunaikan solat maghrib di akhir waktu,, dengan syarat,, sebelum salam pertama solat maghrib diberi, waktu solat isya' sudah pun masuk. dengan cara itu, dia boleh menunaikan solat isya' dengan menggunakan wudhu' maghrib tadi..

ohh, begitu.. hebatnya islam kan Haji..

tentu sekali..

perbincangan dan perkongsian ilmu antara mereka terus berjalan dengan baik..

*************************

No comments:

Post a Comment

will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...