Saturday, December 17, 2011

anNeesyA_ episod akhir

previous episode

dia tidak pernah jadi yang pertama. selalu sahaja lewat, yang sakit hatinya lewat sesaat dua cuma. tapi tetap, kelewatan itulah yang menjadikannya bukan yanag pertama. bukan dia tidak mahu mencuba, tapi kadang2 letih. dia insan biasa, kecewa itu ada. rasanya, diri sendiri sebagai alat sahaja. tempat mengadu bila tiada lagi insan pertama kepada mereka. MEREKA. tempat yang dicari setelah tidak ada lagi mereka. MEREKA. tempat dicurah isi hati setelah tidak ada mereka. MEREKA. tempat yang diingati setelah dilupakan mereka. MEREKA. MEREKAlah yang pertama. dia hanya.. hanyalah sandaran. dia hanyalah alatan ganti. HAH... alangkah indahnya hidup menjadi mereka. mereka punya segalanya. mereka memiliki dan dimiliki.. tika hilang, senang pula dicari ganti.. bersepah ganti di sana sini.. walau mereka tidak setia, tapi adakah lagi nilai kesetiaan dalam satu perhubungan. keliru. dia sendiri keliru dengan semua ini.. sepertinya, nilai kesetiaan itu sudah jatuh merudum, seperti jatuhnya harga seikat duku di musimnya. HAH HA.. tapi, mungkin juga tidak. entahlah.. ketika mereka tiada, dialah segalanya.. tapi tika mereka ada, dia dilupakan.. tidak kurang dicaci dikutuk. dia telan semuanya.. walaupun cacian dan kutukan itu bentuknya abstrak, takdapat diukur besar atau lebarnya seperti mengukur saiz sebiji panadol yang kelihatan maha besar bagi pembenci2 ubat, namun jelas, seribu kali susah untuk menelan kepahitan semua itu jika dibandingkan dengan menelan sebiji panadol.. jelas. dia tidak punya nilai apa2.. mereka tidak pernah menghargainya.. mereka selalu memandang sepi akan hadirnya dia.. dipandang sebelah mata, dengan pandangan yang cukup menjengkelkan.. itulah dia.. itulah sahaja dia di pandangan MEREKA. puas sudah dia menilik dirinya di cermin.. rasanya, hidungnya tidak sumbing.. rasanya, mulutnya merah sahaja.. rasanya, alis matanya cantik sahaja terukir.. rasanya, giginya tidak ada lagi yang rongak, tidak pula berwarna kuning ataupun hijau apatah lagi biru, tapi masih putih tersusun.. dibelek tudungnya, bukanlah fesyen zaman 20an.. hai manusia.. 
letih. kecewa. fobia. penat. dia penat. penat dengan manusia. katalah.. katalah apa yang nak dikata.. buatlah.. buatlah apa jua pada dirinya.. perlakulah seperti apa pun, dia tidak kisah.. terlalu kebal dengan semua ini.. dia ditendang ke utara, dia disepak ke selatan,, dia diterajang ke tengah2 khatulistiwa.. dia diam.. diam dan terus diam.. tapi mulutnya sahaja yang diam, hakikatnya hatinya tidak pernah diam... hatinya selalu meriah dgn zikir dan alunan syahdu, kepada tuhannya.. memohon pembelaan.. memohon pertolongan.. dia tidak mampu bicara kepada sesiapa.. tidak ada yang sudi mendengar.. kerana dia bukan yang pertama kepada mereka.. tapi DIA selalu sudi untuk menjadikannya yang pertama doanya dikabulkan.. 

tap. save. attach file. send >>>>> SENT!

dia menarik nafas lega.. kisah benarkah karyanya? urm, tdak juga.. he he.. pastinya bukan jalan hidupnya, urm.. tapi mungkin hampir sama. karya adalah karya. semata-mata. titik.

dia menggeliat.. mandi.

___________________________________________________

malam ini dia nekad. dia tidak sanggup lagi menahan semua benda ini. dia penat. terlalu penat. harihari yang dilaluinya terganggu. nekad.

_ assalamualaikum.. bz lg? i'm tired of waiting. and here i am to make everything clear. could u plis?

lama ditunggu balasan dari dia. dan akhirnya

_ not bz et all. but then, i dont noe wat to say.

_ HAH HA. speechless? hum.. lets make it simple. it is, renew the frenship or neither let end it here. simple, say hye again or gudbye. i just want to make it very clear.

_ not for gudbye.

_ so then, tell me wat should i noe.

_ i dont noe.

_ look. i dont noe wats wrong wif ya. u seems like, hah. i dont noe. 

_ i'm sorry

_ NO! i didnt need ur sorry. i need ur xplanation! 

_ i didn't have any for that,

_ so then, is very clear for me now. i'm nothing.. i'm nobody for ya. so then, i am the one who will say gudbye. thanks and sorry for everything. EVERYTHING, especially for all those pain :)
i do really appreciate every moments we are together. i'm sorry. and this will be the last time i'll contact u. this is the last msg from me. i luv u, but u didnt feel the same as me rite. its oke then.. so, adios :')

belum sempat apa2 balasan diterima, terus ditarik keluar simkad nya, dipatah dan dibuang bersama airmata yang berjuraian.. tak kisah langsung utk mematahkan simkad itu kerana mmg nombor itu dia simpan hanya utk menghubungi dia.. orang lain, tidak. bak kata pepatah, tunggu masa sahaja nak dibuang.. dibalas atau tidak, dia tidak tahu. pantas pula diterkam komputernya, buka akaun FB, unfriend, block. 
sempat lagi diupdate statusnya malam itu,

hidup di dunia yang sementara, sakit sedikit takpe.. asalkan bila mati nanti bahagia kan? 

ye, agak kasar bunyinya. biarlah apa orang nak kata, hakikatnya begitu kan?
fine. ini la pengakhirannya.. tak sangka. dia senyum dalam kesakitan.. biarlah malam ini sahaja dia kesakitan.. biarlah selama mana masa pun yang diambilnya untuk melepaskan semua saki baki sakit ini.. asalkan bukan seumur hidupnya. asalkan ia satu pengakhiran yang pasti dan bukan gantung tidak bertali.. pantas di menuju ke bilik air, membasuh muka, walau hakikatnya airmatanya masih laju menuruni pipi.. dia menyucikan diri. lantas diqiamkan solat, usai dua rakaat, di sambung lagi dan lagi.. terasa penat, duduk sebentar, dibuka pula lembaran2 syair dalam naskhah kitab suci.. dilagukan dari satu lagu ke satu lagu.. burdah2 suaranya lebih kepada sayu.. diteruskan lagi tilawahnya sehingga airmatanya kering sendiri.. lagi sehingga dia tertidur di atas sejadah..

______________________________________________

pagi ini terasa sunyi. tenang sahaja di dalam hati.. entah mengapa, terasa ingin berpuasa pula hari ini.. hari ini, dia dengan semangat baru, rasanya ingin ke luar.. mencari sesuatu, tapi dia tidak tahu apa yang ingin dicarinya. seusai mandi, terus sahaja dia membuka almarinya. MAK AI. nampaknya baju yang tinggal hanya sepasang baju kebaya putih dengan kain sarung lepas. aduh. ditiliknya kebaya labuh tersebut. memangla cantik.. warnanya putih sarat dengan sulaman bunga2 merah, kecil2 sahaja tapi sangat cantik.. dipadankan pula dengan kain batik lepas, asli dari jawa. aduhh. tapi macam tak sesuai pula hendak dipakai hari ini.. tapi apakan daya. dicari pula tudung. dicapainya pashmina putih, lagi satu masalah bila semua inner shawlnya juga dibasuh pagi tadi. tinggal putih juga. ADUHHH. rosak juga moodnya pagi itu. diketapnya gigi dan dia menjerit melepaskan geram. HAH! satu nafas geram dihembus akhir sekali. dia lihat mukanya di cermin. 
dia senyum selebar-lebarnya. dan dia bercakap pada dirinya, 

biarlah ade aku kesah ape orang nak kate? aku nak kuarlah hari ni!! so, lets wear the kebaya, oke?

 jari telunjuknya di letakkan di atas imej hidungnya yang dipntulkan cermin, dia menjeling diri sendiri dan berjalan secara gediknya. apalah yang tak kena dgnnya hari ni. 

15 minit kemudian, dia sudah siap. keluar berjalan-jalan pagi2 lagi memang agak menyegarkan.. sedang dia berjalan, tiba2 mesejnya berbunyi,, 

_woit, katne?

_jalan2, aku otw pergi taman ni, kenapa?

_takde, rasa nak msg ko je.. jalan baik2 tau.. 

_alah, tak matinya setakat jalan kat taman ni taw.

_eh, mulut.. kang kalo ko mati kat situ aku tak pergi jenguk tau. biar ko mati sorang2..

_'ah. takpe, sebab aku tahu ko takut mayat kan? gni la kawanku syg, kalo ko tahu aku mati, ko tolong kirimkan salam kat mak ayah aku, adk beradik aku.cakap aku mintak maaf, mintak halal semuanya ye..
 he he he.. 

_dengan aku ko taknak mintak maaf?

_alah, ye la.. mintak maaf ye semuanya. ko la kawan aku dunia akhirat.. ko takpernah nak sakitkan hati aku pun. terima kasih ye..

_hah.. macam tu la kawan..

_aku sayang ko,

tapi, belum sempat dia menekan butang send, tiba-tiba dia rasa tubuhnya melayang, handsetnya terlepas dari tangan dan dia juga mendengar tayar berdecit, dan badannya terhempas kuat di atas tar.

ALLAH...

itu sahaja ayat terakhirnya. kabur-kaburmatanya melihat semakin ramai orang mengerumun dirinya. dia tidak tahu kenapa, di matanya nampak wajah ibu dan ayahnya dan matanya tertutup...

__________________________________________

dia tersedar.. renung dirinya, tidak ada lagi baju kebaya putih, tapi masih berbaju putih. dia berjalan.. melihat sekeliling.. eh, ini rumahnya.. dia nampak banyak selipar di tangga. kenapa ye? 

mak.. ayah.. laju dia menaiki tangga.. 

allah.

 terkedu dirinya melihat sekujur tubuh diselimut litup di ruang tamu rumahnya. ya allah.. siapa itu? pantas dia naik dan terus membuka kain yang menutup muka arwah. namun, lagi terkejut apabila dilihat si arwah itu dirinya sendiri. lalu terbayang bagaimana dia dilanggar kereta sebelum ini. tersedu-sedu di situ, 

dia pandang sekeliling. semua ada.. keluarganya, rakan sekerjanya.. teman-temannya di kampus.. dan matanya terhenti pada seseorang.. dia.. dia juga ada.. dia menangis.. tapi kenapa mesti menangis, bukaankah sepatutnya dia gembira. kerana tidak ada lagi yang akan menganggu hidupnya.. tapi, mungkin juga dia salah menilai tentang si dia.. tapi yang pasti, anneesya kesal.. kesal kerana tidak sempat membaiki semuanya sebaik mungkin.. maafkan aku... dia pandang temannya. sayu.. tiba-tiba tangannya ditarik seseorang. cantik. terus dia bangun. si cantik rupawan menyapu airmatanya.. dia senyum padanya, hilang segala gundahnya.. dia turut tersenyum kepada entah siapa si cantik itu.. dipandang sekejap ibu ayahnya, dihantar kasih dari jauh.. dan dia pergi, membuntuti langkah si cantik rupawan di hadapannya dengan senang hati.. 

dunia fana hanya tinggal kenangan, dia sekarang di negeri abadi.. semoga di sini tiada lagi kesakitan.. 

TAMAT.

No comments:

Post a Comment

will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...