Sunday, December 25, 2011

1 perbandingan

bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum wbt :)

untuk malam ni, jom kita buat 1 perbandingan..

korang ada pengalaman memancing? pernah tengok orang memancing?
pernah kan~

biasanya orang yang dapat ikan, takdenye yang akan lepas balik.. tapi kan, cuba korang fikir, agak2 nya, apa akan jadi kepada seekor ikan yang berjaya memboloskan diri setelah dirinya memakan umpan ? * cehhH * 
mulutnya mesti dah sakit sgt terkena mata kail. dan mungkin, perut dia gak dah rosak.. badan lenguh2, sakit gigi, sakit otot, ekor terseliuh.. kalo dah terlepas, adakah dia dapat jalani hidup dgn baik bersama ikan2 tersayang yang lain?? 

i'm very sure the answer is NO.

 ABSOLUTELY NOT!

pastinya kehidupan seharian ikan tu dh berubah.. sakit yang dia rasa.. 

so, apa yang nak dibandingkan? 

aku nak bandingkan keadaan ikan tu dgn sum1 yg terluka hatinya.
yes. dia boleh terlepas daripada situasi tersebut, tapi, sakitnya maish menyeksakan.

orang kata dulu, luka boleh sembuh tapi parut still ada, 

YUP. 

luka yang nampak dek pancaindera ya, boleh sembuh, 
boleh hilang parut, 
tapi ade ke produk yang boleh hilangkan parut kat hati?? 
ade? 
kalo ade kasi aku satu kilo.
 aku nak beli :)

fikirla.
 imbasla perjalanan hari kita.
 jaga tutur kata kita. 
jaga tingkah laku kita..
 adakah apa2 yang kita buat tu akan menyakiti orang lain? 
syukurla kalo orang yang kita sakiti tu bagitau kita yang dia tersakiti.
 tapi kalo tak? 
kita la yang sepatutnya berusaha muhasabah diri sendiri.. 

* tapi alangkah malang bagi mereka yang terang2 tahu dia menyakiti orang lain, tapi satu kata maaf pun tak terluah. huhu. abaikan mereka. teruskan dgn hidup kita. 

sedaya mungkin, 
elakkanlah dari menyakiti orang lain.. 
ingat, tuhan tu maha adil, 
sekali kita sakiti orang, kita sendiri tak tahu sebanyak mana kesakitan yang kita bakal dapat sebagai balasannya.

oke?

then, selamat berfikir :)

No comments:

Post a Comment

will I be better?

 another year will pass.  sekarang pun dah end October.  ah, i'm planning to get a new job. a fresh start. a better pay.  i wish.  tapi ...